han ejaan, iaitu ada beberapa kata nama yang seakan – akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yann tidak bermakna;
Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya 

Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya 

b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks ayat;
Wakil Rakyat itu melawat kawasan petempatan semua orang asli 

Wakil Rakyat itu melawat kawasan penempatan semua orang asli 

KATA GANTI NAMA DIRI
a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan ketika bercakap, hubungan sesseta – kata:
Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di
Singapura 

Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di
Singapura 

b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;
“Marilah kita sertai mereka – mereka yang baru datang itu,” kata Salina 

“Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina 

c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk
kepada binatang, benda dan perkara/konsep;
Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik 

Sihitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik 

d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata
sendi atau kata kerja transitif;
Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia 

Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya 

e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
dalam ayat pasif diri ketiga;
Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang 

Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang 

f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;
Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang
ianya kian menular 

Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular 

g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;
Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu 

Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu 

h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
berasingan dengan kata lain yang menyertainya;
“Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri 

‘Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri 
